Jakarta: Kos operasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dianggarkan berjumlah Rp537 juta (RM154,000).

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Bambang Soelistyo berkata, kos itu dianggarkan pada hari ke-16 pencarian pesawat malang itu.

“Bagaimanapun, hari ini misi pencarian sudah memasuki hari ke-22 dan dijangka makin bertambah.

“Kita bertuah berikutan Pasukan SAR gabungan mendapat kerjasama daripada pemimpin daerah sehingga masyarakat setempat dalam operasi pencarian mayat mangsa dan serpihan pesawat QZ8501,” katanya.

Menurutnya, kos itu membabitkan pengeluaran bahan bakar untuk kegunaan kapal.

"Kos yang besar itu adalah untuk bahan bakar kapal,“ katanya.

Katanya, pasukan SAR gabungan sudah menemui 53 mayat mangsa QZ8501 dan operasi masih diteruskan sehingga baki 109 penumpang dan kru ditemui. - Detiknews

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 6:09 PM