MAZDA 2 yang baru dilancar.
Oleh Erywan Norshal


Shah Alam: Bermaz Motor Sdn Bhd (Bermaz), pengedar tunggal kenderaan Mazda di negara ini melancarkan model terbaru menerusi Mazda2, hari ini.

Kenderaan kategori segmen B itu turut mewarisi barisan model Mazda lain yang mana menerapkan konsep Kodo dengan dipadankan Teknologi Skyactiv.

Teknologi Skyactiv itu merangkumi penggunaan transmisi lebih kompak, ringan dan lebih cekap.

Mazda2 turut didatangkan Paparan Pemanduan Aktif memaparkan kelajuan semasa dan arah navigasi di bahagian papan pemuka pemandu.

Padanan enjin Skyactiv 1.5 L dengan kombinasi transmisi enam kelajuan automatik yang mampu menyalurkan 114 kuasa kuda serta tork setinggi 148 Nm.

Ia ditawarkan dengan dua varian membabitkan sedan dan hatchback yang dijual pada RM87,956 bagi kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 6:14 PM