PENYOKONG gerakan pelampau PEGIDA  membawa sepanduk Canselor Jerman Angela Merkel.
PENYOKONG gerakan pelampau PEGIDA membawa sepanduk Canselor Jerman Angela Merkel.

Berlin: Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier menyifatkan sentimen anti-Islam gerakan Islamophobic PEGIDA merosakkan imej mereka di luar negara.

Menurutnya, sama ada suka atau tidak, dunia sedang memerhatikan Jerman gara-gara sikap radikal PEGIDA.

“Masalahnya, PEGIDA tidak bercakap mewakili negara ini,” katanya.

Semalam PEGIDA berhimpun lagi dalam pertemuan pertama sejak pengasas, Lutz Bachmann meletak jawatan pada 21 Januari lalu.

Bachmann terpaksa berundur selepas gambarnya dengan gaya rambut dan misai Hitler dimuat naik di Facebook. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:05 AM