Oleh Redzuan Muharam

Johor Bahru: Seramai 255 daripada 409 calon Maahad Johor memperoleh Sijil Pangkat Maqbul (lulus) hingga Mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 yang diumumkan hari ini.

Pengetua Maahad Johor Anuar Sarimin berkata, peratusan calon yang lulus itu menurun iaitu 62.3 peratus berbanding 65.7 peratus pada peperiksaan 2013.

Menurutnya, seramai 79 calon memperoleh Sijil Pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik), manakala 122 lagi mendapat Sijil Pangkat Jayyid (Baik).

"Seramai 31 calon mendapat Sijil Mumtaz dan 23 calon memperoleh Sijil Maqbul (lulus), manakala 154 calon lain tidak layak mendapat sijil.

"Kegagalan itu berikutan calon tidak lulus dalam semua 10 kertas yang diduduki dalam peperiksaan itu," katanya ketika membuat pengumuman di hadapan calon dan ibu bapa pelajar di Dewan Luqman Nul Hakim, Maahad Johor di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 1:25 PM