Panas! Panas! Panas! Cik Pang turut terkejut mendengar cerita panas me­ngenai dua selebriti popular, Miera Liyana dan Fauzi Nawawi didakwa bermain cinta dalam diam! Betul ke?

Sudahlah kisah panas Miera berbikini dalam filem Dendam Orang Mati belum reda lagi, timbul pula cerita ini, pasti ramai panas hati dengan pelakon muda berani mati ini.

Kata teman Cik Pang, dia terserempak dua selebriti itu dalam satu majlis beberapa hari lalu. Dalam majlis itu, kedua-duanya kelihatan mesra semacam.

Pada awalnya, teman Cik Pang tidak cakna sangat tapi selepas ternampak mereka berjalan berpimpin tangan macam pasangan kekasih menuju keluar dari majlis, jantung teman Cik Pang mula berdegup kencang.

Soal teman Cik Pang, bukankah Fauzi suami orang, anak pun dah berderet, manakala Miera pula masih muda 'trang tang tang' yang layak digelar anak.

Cik Pang takut nak main tuduh, manalah tahu teman Cik Pang sekadar 'propa' tapi bila ditanya betul-betul berulang kali, teman Cik Pang mendakwa memang matanya melihat mereka berdua berpimpin tangan di depannya.

Cik Pang berharap sangat cerita ini tak betul. Bimbang pula kalau ada yang terasa hati, terutama keluarga masing-masing.

Nak sedapkan hati, Cik Pang anggap saja teman Cik Pang ternampak perbuatan manja mereka itu dalam set drama walaupun kata teman Cik Pang, dia tak nampak pun kamera beroperasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:01 AM
Digital NSTP Subscribe