ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Banting: Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam rumahnya yang terbakar di Taman Langat Jaya, Sungai Manggis, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, L Joseph, 56, dikatakan tinggal berseorangan dalam rumah berkenaan dan tidak sempat keluar menyelamatkan diri ekoran asap tebal dan api yang marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.17 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan bilik di rumah teres dan mayat mangsa ditemui dalam bilik berkenaan.

"Mangsa terbakar 80 peratus dan mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 3:10 PM