ABDUL Rahim (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Ejen Hartanah, Robert Ang (kiri), Pengarah Khidmat Penilaian, Chee Kok Thim (dua dari kanan) dan Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik, Sulaiman Akhmady Mohd pada majlis Penyelidikan Rahim & Co - Kajian Pasaran Hartanah 2014/2015.
ABDUL Rahim (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Ejen Hartanah, Robert Ang (kiri), Pengarah Khidmat Penilaian, Chee Kok Thim (dua dari kanan) dan Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik, Sulaiman Akhmady Mohd pada majlis Penyelidikan Rahim & Co - Kajian Pasaran Hartanah 2014/2015.

Kuala Lumpur: Harga projek rumah mampu milik oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan mempunyai kesan penstabil dan bertindak sebagai penanda aras bagi pelbagai rumah kediaman seumpamanya yang akan ditawarkan oleh pemaju swasta lain.

Pengerusi Eksekutif, Rahim and Co Chartered Surveyors Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahim Rahman berkata, pasaran hartanah tidak lama lagi akan memberi tindak balas dan sepadan dengan harga PR1MA iaitu 25 peratus lebih murah daripada nilai pasaran.

“Jika rumah PR1MA hanya sekitar RM250,000, siapa yang mahu membeli rumah daripada pemaju swasta yang menetapkan harga antara 20 hingga 40 peratus lebih tinggi?

“Sektor swasta tidak akan mempunyai pilihan tetapi mengikut langkah itu dan mula menurunkan harga hampir sepadan dengan apa yang ditawarkan oleh PR1MA,” katanya selepas mengeluarkan ‘Penyelidikan Rahim & Co - Kajian Pasaran Hartanah 2014/2015.’

Rahim berkata, dengan PR1MA, akan terdapat lebih banyak rumah mampu milik dalam pasaran dan keadaan akan menjadi stabil.

“Dengan PR1MA, harga rumah mampu milik tidak akan naik pada masa akan datang,” katanya sambil menambah, rakyat perlu memberi peluang kepada PR1MA berikutan organisasi itu masih baru.

Perunding hartanah antarabangsa berkata, julat yang sesuai bagi rumah mampu milik di Kuala Lumpur antara RM300,000 hingga RM400,000. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:13 AM