KEMALANGAN mennyebabkan dua terbunuh. FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Dua maut manakala satu parah apabila lori cat dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lori membawa muatan beras di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS, berhampiran Terowong Menora, 11 malam tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tersepit dipercayai selepas lori membawa muatan cat yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh belakang lori beras.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kesemua cat dan beras dibawa kedua-dua lori berkenaan tercampak sehingga mengakibatkan kesesakan di lebuh raya itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, berkata pihaknya menerima panggi 11.20 malam.

Katanya, mereka kemudian sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan anggita daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Kuala Kangsar.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan hampir tujuh kilometer sehingga memaksa pihaknya terpaksa mengarahkan pengguna memasuki plaza tol Kuala Kangsar dan keluar di Plaza Tol Ipoh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 11:56 AM