Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : Dua terbunuh manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya MRR2, berdekatan Kepong, 7.55 pagi ini.

Pemandu, Kong Li Meng, 20 dan seorang penumpangnya, Foo Jin Hua, 20, maut di lokasi kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki kelima-lima mangsa dalam perjalanan dari Sungai Buloh menghala ke pusat bandar.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan.

Katanya, tiga mangsa parah itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 12:52 PM