Penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, IU terbuka berbicara mengenai desas-desus pernah menjalin hubungan dengan Lee Hyun Woo.

Menerusi program One Night of TV Entertainment yang bersiaran menerusi saluran SBS, IU bertanya Hyun Woo, bilakah kali terakhir mereka dilihat bersama, manakala jawapan Hyun Woo seolah-olah mengiyakan hubungan mereka.

"Bukankah ia kali pertama selepas kita ditangkap paparazzi?" kata Hyun Woo, sekali gus mengundang senyum peminat.

Hubungan pasangan selebriti comel ini mula diperkatakan selepas gambar mereka keluar menonton wayang bersama hangat tersebar pada Ogos lalu.

"Saya tidak tahu bagaimana gambar kami dapat dirakam paparazzi. Pasti mereka ada skil hebat," kata IU.

Dalam temuramah itu Hyun Woo turut mendedahkan, ramai peminat lelaki IU marah apabila mereka dikaitkan bercinta.

"Saya kenal IU apabila mengacarakan program Inkigayo. Selain kami, Minah juga hos program ini dan kami bertiga sering berhubung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 5:00 AM