KOTA KINABALU: Dewan Komuniti Kota Marudu, yang dijadikan pusat pemindahan banjir sejak tengah malam semalam tutup petang tadi.

Menurut jurucakap Pejabat Daerah Kota Marudu, mangsa seramai 76 orang, yang juga penduduk Kampung Pancur dan Kampung Popok Laut yang dilanda banjir, mula pulang ke rumah masing-masing apabila banjir semakin surut.

Seramai 51 orang dari Kampung Pancur dipindahkan ke dewan tersebut kira-kira 12.15 tengah malam semalam selepas kampung itu dilanda banjir akibat hujan berterusan.

Jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 76 orang daripada 25 keluarga tengah hari tadi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 10:10 PM