GIROUD ledak lima gol dalam enam penampilan.
GIROUD ledak lima gol dalam enam penampilan.

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendakwa Olivier Giroud berubah menjadi pemain lebih baik sejak sembuh daripada kecederaan.

Penyerang Perancis itu menjaringkan gol pembukaan ketika pasukannya membelasah Aston Villa, 5-0 Ahad lalu sebelum membuat hantaran bagi membolehkan Mesut Ozil meledak jaringan.

Setakat ini, Giroud sudah menjaringkan lima gol sepanjang enam aksi Liga Perdana Inggeris dan Wenger percaya persembahan pemain itu banyak meningkat sejak mewakili Arsenal pada 2012.

“Tumpuannya semakin baik dan secara teknikal, permainannya juga meningkat. Pergerakan kakinya semakin sukar dibaca, begitu juga pergerakannya. Kehadirannya dalam pasukan sudah membawa makna lebih besar,” kata Wenger.

“Bukanlah satu kebetulan kami berasa lebih kuat sejak kehadirannya.

“Dia bagaimanapun cedera ringan pada perlawanan itu dan saya perlu hati-hati. Kami boleh berikan satu lagi peluang kepada Chuba Akpom kerana menunjukkan dia juga memiliki kualiti diperlukan kami.

“Chuba berbahaya di kawasan penalti lawan dan pasti akan menjaringkan gol pada bila-bila masa.”
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 6:08 AM