Hanna Aqeela Mohd Rosni iras pelakon terkenal Liyana Jasmay.

Kali pertama bersua gadis jelita, Hanna Aqeela Mohd Rosni, fikiran terus tergambarkan wajah pelakon terkenal Liyana Jasmay. Sekali pandang, gadis berusia 24 tahun yang mesra dipanggil Hanna persis iras wajah ibu muda anak satu itu. Pun begitu, di antara mereka tiada sebarang ikatan persaudaraan.

Bagi yang ingin mengenali Hanna, gadis jelita ini baru setahun jagung membina nama dalam bidang lakonan. Apapun, dia lebih dulu aktif sebagai model iklan di televisyen.

Apa yang pasti, lakonan yang mengingatkan penonton pada kemunculan Hanna adalah menerusi drama adaptasi novel, Bila Hati Berbicara, yang pernah mengisi slot Akasia di TV3. Hanna melakonkan watak Nadia, setiausaha kepada Emir Qasha lakonan Syafiq Kyle.

Berbicara mengenai permulaan langkahnya dalam bidang lakonan, Hanna berkata, semuanya berlaku secara kebetulan dan dia juga tidak pernah menyertai program pencarian bakat realiti TV.

"Saya bermula sebagai pelakon tambahan menerusi telefilem Aku Bukan Buaya untuk Cerekarama TV3 arahan Amie Maziah Abdul Rahman atau Mak Mie. Tawaran untuk watak tambahan itu pun saya dapat atas bantuan rakan yang membawa saya bertemu Mak Mie.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 6:21 AM