Oleh Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), menumpaskan geng curi kereta ekoran tertangkapnya tujuh suspek dalam dua serbuan berasingan di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, tangkapan pertama membabitkan sepasang kekasih yang menaiki proton wira di stesen minyak di Sungai Petani.

Katanya, polis mengekori pasangan berkenaan dari SPU sebelum menahan mereka 1 petang.

Menurutnya, suspek berkenaan membawa polis ke sebuah rumah di Taman Pasir Mas dan menemui kereta Perodua Kancil dan Mercedes.

"Polis yang membuat pemeriksaan dalam kereta Mercedes menemui sepucuk pistol revolver Smith&Wesson dan tiga butir peluru di tempat duduk belakang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 1:17 PM