TIGA lelaki yang maut di tempat kejadian. FOTO ihsan JPAM
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Lubok Antu: Tiga lelaki maut apabila lori yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori rosak yang berhenti di tepi jalan di KM35, Jalan Sri Aman/Sarikei di sini, kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Lubok Antu, Deputi Superintendan James Jonathan berkata, lori yang datang dari Kuching ke Sarikei melanggar belakang lori rosak yang berhenti di tepi jalan.

Katanya, akibat pelanggaran itu pemandu lori dan dua kelindan maut di lokasi kejadian akibat tersepit.

Mangsa yang maut dikenali Robin Ngering, 44 tahun (pemandu); Mathew Sinta, 29 (kelindan) dan Bong Soon Lee, 37.

Mayat dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 1:50 PM