SHIMING (kanan) tiga kali muncul juara dunia peninju amatur.

Los Angeles, AS: Juara flyweight Olimpik dua kali, Zou Shiming berazam meletakkan China dalam peta tinju global dengan memenangi pertarungan sulung profesional di Macau, bulan depan.

Pemenang pingat emas Olimpik 2008 dan 2012 itu pernah muncul juara dunia tiga kali sebagai peninju amatur, namun dia percaya jika dapat menundukkan peninju Thailand, Amnat Ruenroeng bulan depan, dia akhirnya mampu mengangkat sukan tinju China di mata dunia.

“Saya berazam menjadi peninju profesional untuk meraih kejuaraan dunia dan mengemudi China ke dalam keluarga tinju,” ujar Shiming semalam.

Shiming kini berlatih di gimnasium Wilcard di Los Angeles milik jurulatih legenda Freddie Roach.

Peninju itu menafikan sokongan fanatik di negaranya dengan lebih 300 juta dijangka menonton aksi pertarungan merebut tali pinggang Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), menyebabkan dirinya tertekan.

“Tekanan tidak datang daripada negara saya, tapi diri sendiri dan ia menyebabkan saya beralih ke gelanggang pro pada usia 30-an,” kata peninju berusia 33 tahun itu yang berasal dari wilayah Guizhou di barat daya China. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 6:35 AM