NUR Fazura menunjukkan Colgate Optic White Plus.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Keyakinan diri seseorang pasti berganda apabila memiliki barisan gigih putih bersinar melalui penggunaan ubat gigi pemutih terbaru daripada Colgate yang me­ngandungi formula partikel kristal mikro, Colgate Optic White Plus Shine.

Partikel yang bersifat lembut pada gigi, ia me­ngilatkan permukaan gigi hingga memberikan senyuman menawan yang menjadi dambaan setiap orang.

Bukan saja gigi menjadi lebih putih, ia membuatkan senyuman anda kelihatan lebih manis hanya dalam tempoh satu minggu penggunaan.

Pengarah Pemasaran Bersekutu Toothpaste of Colgate-Palmolive Datin Nor Aziah Mohd Sain berkata, senyuman yang cantik berseri-seri menonjolkan keyakinan dan personaliti seseorang.

Katanya, ramai yang tidak menyedari perkara itu, tetapi senyuman adalah perkara pertama yang dilihat apabila bertemu seseorang.

“Senyuman adalah aksesori terbaik yang boleh dibawa ke mana saja. Dengan gigi lebih putih dan bersinar, ia pasti meningkatkan keyakinan diri seseorang.

“Ramai yang menganggap gigi seperti berlian, oleh itu mengapa tidak kita memanjakan diri dengan menggunakan Colgate Optic White Plus Shine,” katanya pada pelancaran produk itu di Spa JojoKuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Kategori (Ubat Gigi Premium) Colgate-Palmolive Malaysia, Jessica Kan dan selebriti, Nur Fazura yang dilantik sebagai duta Colgate Optic White Plus Shine yang turut meluangkan masa bersama media pada sesi mencantikkan diri dengan merawat kuku dan mandi spa.

Colgate Optic White Plus Shine kini dilancarkan dengan pembungkusan baru premium yang menampilkan berlian berkilauan sebagai konsepnya.

Pada masa sama, Fazura berkata, sebagai aktres, dia berasa lebih yakin dengan keadaan giginya selepas penggunaan produk terbaru daripada Colgate itu.

“Sebagai pelakon, amat penting bagi saya untuk kelihatan yakin diri, saya perlukan senyuman yang meyakinkan.

“Tetapi, dengan produk Colgate terbaru ini, ia memberikan saya keyakinan berganda dari segi senyuman dan personaliti yang menarik,” katanya.

Colgate Optic White kini boleh didapati di semua peruncit dan farmasi seluruh negara pada harga RM13.90 bagi pek ubat gigi 100 gram. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui www.colgateopticwhite.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 8:26 AM