MAZLAN (tiga dari kanan) nenunjukkan barang rampasan hasil serbuan semalam hingga pagi tadi.
MAZLAN (tiga dari kanan) nenunjukkan barang rampasan hasil serbuan semalam hingga pagi tadi.
Oleh Rosliza Mohamed


Kota Bharu:Polis Kelantan menahan empat lelaki dan merampas pil kuda serta heroin bernilai RM160,000 dalam beberapa serbuan berasingan di Tanah Merah dan Pasir Mas pada 2 petang semalam dan 5 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, semua suspek ditahan berusia antara 20 hingga 27 tahun.

"Serbuan dilakukan pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, antara 2 petang semalam dan 5 pagi tadi.

"Lokasi serbuan pertama di Kampung Cherang Lali, Tanah Merah, berjaya menahan tiga lelaki dan merampas pil kuda yang diletakkan dalam raga motosikal di depan rumah.

"Manakala seorang lelaki ditahan dalam kereta jenis Perodua Kelisa di Taman Lati, Pasir Mas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini tadi.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 2:52 PM