X
PELUNCUR Israel menunggu masa sesuai untuk beraksi bersama ombak dalam pertandingan luncur air di Ashdod, selatan negara itu semalam.
PELUNCUR Israel menunggu masa sesuai untuk beraksi bersama ombak dalam pertandingan luncur air di Ashdod, selatan negara itu semalam.

Gaza City: Seorang pemimpin kanan Hamas menyeru kumpulan pejuang Palestin yang setia kepada gerakan Islam itu di beberapa kem pelarian di Lubnan dan Syria supaya melancarkan serangan ke atas Israel.

Mahmud Zahar - seorang daripada pengasas Hamas - berkata, sayap bersenjata pertubuhan itu perlu menyerang Israel untuk membebaskan Palestin.

Sayap bersenjata itu dikenali sebagai Briged Ezzedine al - Qassam .

Bercakap kepada media semalam, Mahmud juga menafikan pembabitan Hamas dengan keganasan di Semenanjung Sinai di Mesir.

“Senjata kami sentiasa terarah kepada musuh,” katanya.

Hamas dianggap musuh bukan saja oleh Israel, malah Mesir sejak negara itu dikuasai Abdel Fattah al-Sisi.

Sebelum ini, Mesir menjadi antara negara paling banyak membantu Palestin apabila majoriti rakyat negara itu memilih Dr Mohamed Mursi Isa al-Ayyat sebagai Presiden.

Abdel Fattah kemudian menggulingkan Mohamed Mursi pada 2013. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 7:41 AM