SAM Smith bolot empat kategori.

Malam kemuncak Grammy Awards ke-57 menyaksikan penyanyi baru United Kingdom, Sam Smith mengondol empat trofi di acara yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, semalam (waktu Malaysia).

Smith, 22, diangkat juara Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik bagi lagu Stay With Me.

Penyanyi asal London itu turut memenangi kategori Penyanyi Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik bagi album In The Lonely Hour.

Terdahulu, penyanyi itu dicalonkan dalam enam kategori yang turut menyenaraikan beberapa pesaing hebat seperti Sia, Taylor Swift, Iggy Azalea dan Meghan Trainor.

Ketika memberi ucapan, Smith berkata, sebelum merakamkan album In The Lonely Hour, dia bekerja keras untuk menaikkan namanya dalam industri muzik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 6:21 AM