PESERTA seronok membawa hasil tangkapan mereka.
Oleh Mohd Rafi Mamat

Temerloh: Jabatan Perikanan negeri akan berusaha membantu pihak yang berminat memajukan kawasan paya terbiar untuk dijadikan estet ikan.

Bantuan seperti benih ikan dan khidmat nasihat akan diberikan kepada mereka yang mahu menceburi projek berkenaan bagi menambah pendapatan masyarakat setempat.

Pengarahnya Adnan Hussain berkata, banyak kawasan paya termasuk sawah terbiar di negeri ini sesuai dimajukan sebagai estet ikan secara komersial dan menguntungkan.

Menurutnya, untuk mengusahakan estet ikan, kawasan paya sekurang-kurangnya perlu berkeluasan 10 hektar selain mempunyai sistem pengairan yang baik termasuk status tanah dimiliki pihak tertentu.

Katanya, kini ada lima estet ikan di daerah ini membabitkan keluasan lebih 151 hektar yang diusahakan 112 peserta terdiri daripada pemilik tanah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 6:45 AM