ANDY menunjukkan produk barunya, Neuto Dry Hydrogen Therapy.

Kuala Lumpur: Neutrinos Engineering Pte Ltd menyasarkan untuk meluaskan pasaran produk barunya Neuto Dry Hydrogen Therapy ke luar negara pada masa akan datang.

Presidennya, Andy Low berkata, antara negara yang disasarkan untuk pasaran produk terbabit Thailand, dan China.

“Tujuan kami menyasarkan ke luar negara sebagai pasaran seterusnya berikutan reputasi untuk penggunaan produk baru terbabit amat besar,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Sementara itu, Malaysia dan Singapura sebagai pasaran permulaan bagi produk baru itu.

Neuto Dry Hydrogen Therapy ini mempunyai ciri utama yang penting iaitu berfungsi untuk membersihkan enjin karbon dengan menggunakan gas hidrogen kering. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memeriksa keadaan enjin kereta.

Produk itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu dengan berperanan sebagai sistem pencucian kering hidgroen pintar yang boleh mendiagnosis, memantau, membersih dan mencegah enjin kereta dengan menggunakan gas hidrogen kering dan asli yang terdapat dalam Solid State Metal Hydried Canister.

Beliau berkata, pusat servis kenderaan dan bengkel kenderaan antara tempat yang disasarkan bagi pelanggan di tempat berkenaan untuk menggunakan servis produk baru terbabit.

Servis penggunaan produk itu berharga RM200 bagi setiap pengguna yang menggunakannya untuk kenderaan mereka.

“Semua sistem dalam Neuto Dry Hydrogen Therapy telah melalui proses uji kaji di Singapura terhadap 50 kereta dalam masa dua minggu dan juga telah melakukan proses uji kaji terhadap 200 kereta secara peribadi dan ia ternyata memberi kesan baik bagi pengguna untuk kenderaan mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:05 AM