ANGGOTA bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Kedai menjual peralatan komputer musnah dijilat api di Jalan Bukit Kuda, Klang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah bangunan berkenaan sebelum merebak ke bahagian atas.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada 1.13 petang dan tiba di lokasi kebakaran tujuh minit kemudian.

"Ketika tiba, api masih marak dan kebakaran berlaku dengan cepat kerana terdapat struktur bangunan yang dibina daripada kayu.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke unit kedai dan tokong yang terletak bersebelahan, 10 minit kemudian," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan kerana tiada individu berada di lokasi dan anggaran kerugian juga masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 4:22 PM
Skip this ad x