PASUKAN penyelamat menggunakan jentera berat untuk mengalihkan runtuhan dan mencari mangsa selepas bangunan kediaman yang baru dibina di Mughalsarai, Uttar Pradesh, runtuh.
PASUKAN penyelamat menggunakan jentera berat untuk mengalihkan runtuhan dan mencari mangsa selepas bangunan kediaman yang baru dibina di Mughalsarai, Uttar Pradesh, runtuh.

Lucknow: Sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk dua kanak-kanak dari satu keluarga mati dalam kejadian bangunan runtuh, di utara India, Uttar Pradesh.

Kesemua mangsa dilaporkan tidur di tingkat bawah apabila tingkat satu bangunan dalam pembinaan itu runtuh.

Penguasa polis, Chandauli Muniraj berkata, dua mangsa dirawat di hospital, manakala tiga lagi terselamat.

Pemilik bangunan, Mohammad Kamarrudin antara 13 yang terbunuh, termasuk dua kanak-kanak berumur bawah lapan tahun.

Tiada penjelasan lanjut dibuat mengenai punca bangunan di bandar Mughalsarai, tenggara Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh itu runtuh.

Kejadian bangunan runtuh kerap berlaku di India kerana permintaan terhadap rumah begitu tinggi selain peraturan longgar yang menggalakkan pembina mengambil jalan mudah dan menggunakan bahan tidak menepati standard. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:10 AM