X
Mas Ermieyati menyerahkan sumbangan kepada Zainurin ketika lawatan ke Kampung Ramuan China Kecil, Lubok Cina.
Mas Ermieyati menyerahkan sumbangan kepada Zainurin ketika lawatan ke Kampung Ramuan China Kecil, Lubok Cina.
Oleh Nor Shafinaz Sari

Alor Gajah: Nasib seorang lelaki yang tinggal dikelilingi timbunan sampah dan berbau dalam sebuah rumah batu separuh siap di Kampung Ramuan China Kecil, Lubok Cina, di sini, mendapat perhatian Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mas Ermieyati berkata, pihaknya amat prihatin dengan masalah yang dialami Zainurin Suman, 34, dan lawatan berkenaan turut disertai Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ramuan China Kecil.

“Hasil lawatan ini, kami mendapati Zainurin masih dalam keadaan sihat, namun begitu saya tetap meminta Jabatan Kesihatan negeri untuk turut sama bagi memeriksa kesihatannya kerana kenyataan akhbar ini sebelum ini menyatakan Zainurin mengalami masalah kemurungan.

“Di samping itu, tindakan pantas JKKK kawasan ini wajar dipuji kerana mengambil tindakan apabila mereka bersama ADUN kawasan bersetuju untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan rumah Zainurin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan turun padang ke rumah Zainurin di Kampung Ramuan Cina Kecil, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:15 AM