MUHAMMAD Ridzuan Lau bersama isteri dan anak mereka sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina. FOTO Hazreen Mohamad
MUHAMMAD Ridzuan Lau bersama isteri dan anak mereka sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina. FOTO Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Amin Jalil


Seremban: “Bukan menjadi satu masalah apabila memeluk Islam untuk mengikut adat diperturunkan generasi terdahulu asalkan tidak menyembah selain Allah SWT. Tahun Baru Cina hanyalah suatu daripada budaya," kata pendakwah bebas Muhammad Ridzuan Lau Abdullah, 35.

Ridzuan tetap meneruskan tradisi menyambut TBC setiap tahun bersama keluarga asalnya yang bukan beragama Islam.

"Saya juga memakaikan pakaian tradisi masyarakat Cina kepada isteri dan anak-anak pada keraian itu,” katanya.

Ridzuan yang mesra disapa Ah Soon kalangan keluarganya turut membuat persiapan menyambut perayaan itu dengan menyediakan angpau untuk anak saudara dan tetamu yang berkunjung ke rumahnya di Rahang di sini,

Beliau yang bertugas di Kompleks As-Saadah Rahang, iaitu pusat saudara baru kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, amalan menyambut TBC di rumah ibunya di Teluk Kemang, Port Dickson sudah dilakukan sekian lama ketika bujang dan sehingga berkahwin.

"Alhamdulillah sehingga kini, saya tiada masalah menyambut TBC dengan ibu dan lima adik-beradik lain, walaupun berlainan agama dan hanya saya seorang Islam.

Memeluk Islam pada 29 Januari 2001 berkata, beliau dan ahli keluarga lazimnya pulang ke rumah keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson lewat petang sehari sebelum sambutan dan meraikannya tidak kurang tiga hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro esok, 19 Februari 2015 untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 5:16 PM