Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman membongkar kegiatan makmal memposes dadah di bandar raya ini, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam laman Twitter milliknya, hari ini.

"Syabas STING @PDRMsia berjaya bongkar makmal proses dadah di Ipoh semalam.

"Lapan orang ditangkap dan lebih lapan kilogram heroin dan syabu dirampas," katanya.

Difahamkan, Polis Perak akan mengadakan satu sidang media mengenai kejayaan itu berhubung kejayaan itu, Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 2:52 PM