Rabat: Mahkamah Maghribi semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang bekas askar Sepanyol atas tuduhan mengetuai rangkaian Islam pelampau yang merancang keganasan.

Agensi berita MAP melaporkan, 17 lagi ahli kumpulan itu dipercayai orang tempatan dipenjara antara dua hingga 10 tahun bagi pelbagai tuduhan yang berkaitan.

Warga Sepanyol itu yang hanya dikenal pasti sebagai J F ditahan pada Januari tahun lalu.

Menurut kementerian dalam negeri, dia berkhidmat di Melilla - jajahan kecil milik Sepanyol di pesisiran Maghribi.

Dia meletak jawatan dan menyertai al-Qaeda di Afghanistan serta mempelajari taktik pertemuran gerila.

Dia didakwa mewujudkan rangkaian jenayah berhampiran Melilla membabitkan penduduk dari Fes, Marrakesh dan Nador. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:11 AM