Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Paras air di Empangan Sungai Lebam, Kota Tinggi kini berada di bawah paras kritikal, manakala Sungai Muar mengalami perubahan kualiti air.

Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd menerusi kenyataan media hari ini,memaklumkan bahawa bacaan terkini paras air di empangan berkenaan adalah 11.75 meter berbanding paras kritikal 12.17 meter.

Empangan berkenaan menyalurkan air mentah ke loji Sungai Lebam untuk bekalan air bersih kepada penduduk di Sungai Rengit, Belungkur, Gugusan Adela, Pengerang, Bandar Penawar, Sungai Mas, Gugusan Felda Air Papan dan Air Tawar 5.

Fenomena cuaca kering dan air pasang laut pula menyebabkan kualiti air Sungai Muar berubah.

SAJ memaklumkan sekiranya fenomena itu berterusan berkemungkinan air laut masuk ke loji rawatan sekali gus boleh menyebabkan penduduk Muar mengalami masalah bekalan air.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 1:24 PM