LOOPPAY perkenal konsep baru bayaran tunai.
LOOPPAY perkenal konsep baru bayaran tunai.

Gergasi Korea Selatan, Samsung membeli syarikat pemula, LoopPay dalam usaha mengembangkan sistem pembayaran secara digital atau dikenali sebagai dompet maya dan dijangka memperkenalkannya pada tahun ini.

LoopPay menjadi gabungan mesin dan aplikasi yang memanfaatkan teknologi komunikasi medan dekat (NFC) bagi membolehkan pengguna menukar peranti mereka untuk berfungsi seperti kad kredit.

Perkhidmatan LoopPay membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mendekatkan peranti mereka yang sudah dimuat turun aplikasi menguruskan akaun bank mereka dengan mesin pembayaran di gedung atau premis niaga yang mengambil bahagian.

Dijangkakan jika berjaya, perkhidmatan itu akan dilaksanakan kepada semua pelanggan yang memiliki telefon pintar Samsung yang mempunyai sistem NFC di dalamnya.

Menggunakan gelombang radio untuk memindahkan data antara peranti digital, NFC mempunyai potensi untuk menukar telefon pintar menjadi dompet maya yang sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 12:05 PM