BUNGA berasakan kehadiran Ashraf dalam hidup amat bermakna.
Oleh Norhayati Nordin


Menjadi ‘wanita terbahagia’ pastinya impian setiap golongan hawa. Namun, tidak semua wanita bertuah dan bernasib baik.

Bagi pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, 32, dia kini adalah wanita terbahagia.

Mesra dengan panggilan BCL, dia juga mengakui kehidupannya sudah lengkap.

Bertemu jodoh dengan pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair, 35, pada 2008 disifatkan Bunga sebagai tuahnya.

Ditambah, kasih dibina itu dilengkapkan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki Noah Sinclair yang kini berusia empat tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 7:15 AM