Baghdad: Militan Negara Islam (IS) menerbitkan rakaman video menunjukkan tindakan mereka sengaja memusnahkan artifak purba di Mosul, utara Iraq.

Video selama lima minit itu menunjukkan seorang lelaki berjambang - dipercayai ketua kumpulan terbabit - menggunakan tukul dan mesin penggerudi menghancurkan artifak berkenaan yang tersimpan di dalam muzium.

Antara yang dimusnahkan sejumlah patung besar.

Sebelum ini, IS sudah memusnahkan banyak makam - termasuk yang dianggap suci oleh orang Islam - dalam ‘kempen’ mereka untuk “membebaskan agama daripada sebarang kesesatan.”

Mereka dipercayai menjual artifak purba di pasaran gelap untuk mendapatkan dana bagi membiayai aktiviti mereka di Iraq. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 9:49 AM