KEADAAN satu daripada dua kenderaan yang terbabit kemalangan.
Oleh Mohamad Hussin

Gurun: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Jeniang-Gurun, di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, mangsa dikatakan tersepit di bahagian depan kereta yang dinaiki mereka selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang turut terbakar.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat tersepit manakala seorang wanita yang juga pemandu pacuan empat roda mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, kejadian berlaku akibat jalan licin yang menyebabkan kereta hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lagi kenderaan.

"Ketika kejadian jalan licin akibat hujan, pemandu kereta hilang kawalan dan melanggar pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 7:31 PM