Nairobi: Empat nelayan Thailand yang ditawan lanun Somalia hampir empat tahun lalu, dibebaskan semalam, kata pegawai tempatan.

Jurucakap kerajaan Galmudug, Omar Sheikh Ali berkata, empat tebusan itu ditemui ditinggalkan di kawasan yang terpencil di wilayah tengah Somalia itu.

Katanya, empat nelayan terbabit adalah sebahagian daripada 24 anak kapal FV Prantalay milik Taiwan yang dirampas lanun pada April 2010.

Omar berkata, semua nelayan terbabit dibenarkan menghubungi keluarga masing-masing selepas dibebaskan kelmarin.

“Mereka melepaskan rindu dengan tangisan,” katanya.

Sementara itu, penduduk setempat berkata, wang tebusan berjumlah AS$150,000 (RM541,664) dibayar namun namun maklumat itu tidak disahkan kesahihannya.

Selepas ditawan, FV PRantalay digunakan sebagai kapal induk lanun tempatan untuk melancarkan serangan di laut.

Kapal itu bagaimanapun karam pada Julai 2011.

Enam daripada 24 kru asal mati diserang penyakit ketika dalam tawanan, 14 lagi dibebaskan di Puntland, utara Somalia pada Julai 2011.

Ketika ini, lanun Somalia masih menahan 26 orang sebagai tebusan.

Seramai 26 tebusan lagi masih ditawan lanun Somalia.

Kegiatan lanun di perairan Somalia mencapai kemuncaknya pada 2011 apabila 237 insiden membabitkan 28 kapal dirampas sepanjang tempoh itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:11 AM