TELEFON pintar Galaxy S6 dan S6 Edge dilancarkan   di Samsung Unpacked 2015 di Barcelona,   kelmarin.
TELEFON pintar Galaxy S6 dan S6 Edge dilancarkan di Samsung Unpacked 2015 di Barcelona, kelmarin.

Samsung Electronics sebagai konglomerat terbesar Korea Selatan melancarkan telefon pintar Galaxy S6 dan S6 Edge di hadapan lebih dua ribu pengunjung di Samsung Unpacked 2015 di Centre de Convencions Internacional de Barcelona (CIBB) di sini, kelmarin.

Walaupun kedua-dua telefon diumumkan secara eksklusif oleh Samsung itu legasi daripada peranti sebelum ini, namun ia reka bentuk baru dan segar.

Bermula dengan kejutan S6 yang menggunakan aloi tahan lasak dan calar bagi rangka dalaman serta sisi, diikuti dengan S6 Edge yang mempunyai ciri lengkung di kedua bahagian tepi paparan peranti terbabit.

Menurut Timbalan Presiden Samsung Malaysia Electronics Lee Jui Siang berkata, kedua-dua peranti itu dikuasai cip pemproses Exynos lapan teras (Octa Core) 2.1 GHz dan 1.5 GHz dengan keupayaan mengecas pantas serta tanpa wayar iaitu Qi Wireless Charging.

“Kami menamakan Project Zero sebagai langkah baru dalam membina kedua-dua peranti ini. Apa kami lakukan mengembalikan semula apa pengguna mahu.

“Dengan pelancaran ini, kami juga menyasarkan golongan profesional, bisnes, eksekutif serta golongan muda menggunakan teknologi kami.

“Bagi golongan profesional dan bisnes, tumpuan kami mengetengahkan pembaharuan Samsung Knox sebagai sistem keselamatan yang bertaraf dunia,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini, semalam.

Samsung juga menambah baik sistem operasi mereka iaitu TouchWiz yang lebih lancar dan ringan serta mesra pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 9:27 AM