MANGSA (gambar kecil) digilis lori selepas terjatuh dari motosikal. FOTO ihsan pembaca
Oleh Kamal Majid

Jeli: Seorang warga emas berusia 78 tahun maut selepas terjatuh dari motosikalnya sebelum digilis lori dalam kejadian di KM3.5 Jalan Jeli- Kuala Balah di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa Sulaiman Botok meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Yusuf Yahya berkata, ketika kejadian mangsa membonceng motosikal bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bukit Jering di sini.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum mangsa terjatuh dan digilis lori berkenaan.

"Kes ini di siasat mengikut sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 6:51 PM