SIR ALEX FERGUSON
JOSE MOURINHO
ROBERTO MANCINI
PEP GUARDIOLA

“Sukar untuk saya hidup tanpa gelaran. Saya perlu memenuhi diri dengan gelaran,” kata Jose Mourinho selepas Chelsea menjuarai Piala Liga, Ahad lalu.

Kemenangan 2-0 ke atas Tottenham di Wembley adalah trofi utama ke-21 sepanjang karier Mourinho, bermakna dia menjulang purata sebuah trofi setiap 35 perlawanan sepanjang karier.

Sejauh mana pencapaiannya berbanding pengurus bola sepak lain?

JOSE MOURINHO

* Perlawanan: 727 Trofi: 21 - Trofi setiap 34.6 perlawanan

Jurulatih Portugal itu meraih kejayaan ke mana saja dia pergi bermula dengan dua gelaran liga, Piala UEFA dan Liga Juara-Juara bersama Porto pada peringkat awal kariernya.

Tiba di Chelsea pada 2004, beliau menggelar dirinya sebagai ‘Yang Istimewa’, berjaya memenuhi reputasinya dengan dua gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan dua Piala Liga.

Kejayaan sama turut diulangi di Inter Milan di mana beliau berjaya menjulang dua Scudetto, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara pada 2010.

Keadaan lebih sukar buat Mourinho di Real Madrid tetapi beliau menjulang gelaran liga pada 2012 dan Piala Raja Sepanyol 2011.

Kejayaan Piala Liga hujung minggu lalu adalah gelaran pertamanya sejak kembali ke Stamford Bridge pada 2013.

PEP GUARDIOLA

* Perlawanan: 378 Trofi: 19 - Trofi setiap 19.89 perlawanan

Hakikat ini mungkin menjengkelkan Mourinho apabila pesaingnya, Pep Guardiola mengatasinya dengan purata sebuah trofi bagi setiap perlawanan.

Kejayaaan Guardiola bermula sejak beliau menggantung but apabila membawa Barcelona B ke divisyen tiga Sepanyol.

Sebaik menggalas tugas sebagai pengurus Barca, beliau menunjukkan dominasi kelab itu di tempat sendiri dan lawan apabila menjulang tiga gelaran La Liga, dua Piala Raja Sepanyol, dua Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia sebanyak dua kali.

Kejayaan itu mengekorinya ke Bayern Munich yang melengkapkan gelaran berganda pada musim pertamanya dan bakal berlanjutan untuk kejayaan berikutnya tahun ini.

BOB PAISLEY

* Perlawanan: 535 Trofi: 20 - Trofi setiap 26.75 perlawanan

Paisley boleh dianggap sebagai Mr Liverpool, bertugas di Anfield sebagai pemain, pakar fisioterapi, jurulatih dan pengurus dari 1939 hingga 1983.

Era beliau sebagai pengurus pada 1970-an dan 80-an mencetuskan kejayaan luar biasa apabila Liverpool menjuarai enam gelaran liga, tiga Piala Liga dan tiga Piala Eropah, selain beberapa kejayaan lain.

Ini bermakna secara purata, Liverpool menjuarai sebuah trofi setiap 26 perlawanan sepanjang kendaliannya.

WALTER SMITH

* Perlawanan: 766 Trofi: 21 - Trofi setiap 36.47 perlawanan

Sepanjang dua penggal kendaliannya, Smith mengukuhkan dominasi Rangers dalam bola sepak Scotland dengan meraih 10 gelaran liga, lima piala dan enam Piala Liga.

Pada penggal pertamanya era 1990-an, pasukan Gers menjulang tujuh gelaran liga berturut-turut. Kembali ke Ibrox selepas mengendalikan Everton dan skuad kebangsaan Scotland, beliau menjulang lapan lagi trofi dan membawa pasukan itu ke final Piala UEFA.

JOCK STEIN

* Perlawanan: 1,005 Trofi: 27 - Trofi setiap 37.2 perlawanan

Sewaktu peminat Rangers meraikan pencapian Smith, pesaing mereka Celtic akan sentiasa mengenang jasa Jock Stein, yang membantu mereka mendominasi liga Scotland pada era 1960-an dan 70-an.

Beliau membawa kelab itu menjulang 10 gelaran liga, lapan Piala Scotland, enam Piala Liga dan kejayaan terbesarnya Piala Eropah pada 1967, apabila Lisbon Lions menewaskan Inter Milan.

OTTMAR HITZFELD

* Perlawanan: 1,039 Trofi: 26 - Trofi setiap 39.96 perlawanan

Jurulatih Jerman yang terbilang itu meraih kejayaan membanggakan di peringkat tempatan dan Liga Juara-Juara sepanjang tiga dekad sebagai pengurus.

Pungutan trofi beliau bermula di Switzerland dengan kejayaan liga dan piala bersama Aarau dan Grasshopper Zurich. Berpindahkan ke sempadan Jerman, Hitzfeld membawa Borussia Dortmund menjulang dua gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara pada 1997, apabila mereka menewaskan Juventus 3-1 pada perlawanan akhir di Munich.

Fasa berikutnya dalam karier beliau membawanya ke Zurich, menjuarai lima gelaran Liga dan tiga piala bersama Bayern, selain Liga Juara-Juara pada 2001, menewaskan Valencia secara penalti pada perlawanan akhir di Milan.

LOUIS VAN GAAL

* Perlawanan: 831 Trofi: 19 - Trofi setiap 43.73 perlawanan

Sebaik Louis van Gaal tiba di Old Trafford musim panas lalu, Manchester United sedar mereka mengambil seseorang yang mempunyai rekod kemenangan.

Kejayaan mengekori jurulatih Belanda itu sepanjang kariernya, bermula di Ajax apabial beliau menjuarai tiga gelaran liga dan Liga Juara-Juara pada 1995.

Beliau turut menjuarai liga bersama Barcelona, AZ Alkmaar dan Bayern Munich tetapi masih belum dapat dipastikan sama ada rekod itu mampu diteruskan di United.

VICENTE DEL BOSQUE

* Perlawanan: 472 Trofi: 10 - Trofi setiap 47.2 perlwanan

Jurulatih Sepanyol itu mungkin tidak memiliki sebegitu banyak trofi seperti pengurus lain tetapi dia sentiasa menjulang gelaran itu.

Tidak seperti yang lain Del Bosque turut menjuarai Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah selepas kejayaan Sepanyol pada 2010 dan 2012.

Sebelum itu di Real Madrid, beliau menjuarai dua gelaran La Liga dan dua Liga Juara-Juara pada 2000 apabila mereka menewaskan Valencia dan pada 2002 ketika menewaskan Bayer Leverkusen.

FABIO CAPELLO

* Perlawanan: 625 Trofi: 13 - Trofi setiap 48.07 perlawanan

Tugas pengendali Itali itu di England mungkin satu malapetaka tetapi ia bukan penghalang untuk memperkatakan pencapaian membanggakan sepanjang karier Capello.

Di Milan, beliau menjuarai empat gelaran Serie A dan Liga Juara-Juara pada 1994 apabila pasukannya menewaskan Barcelona 4-0.

Di Real Madrid, Capella menjulang dua gelaran La Liga sepanjang dua penggal dan turut memenangi satu lagi gelaran Scudetto bersama Roma pada 2001.

ROBERTO MANCINI

* Perlawanan: 627 Trofi: 13 - Trofi setiap 48.23 perlawanan

Rakan senegara Capello, Mancini turut menikmati siri kejayaan sepanjang kariernya bermula dengan kejayaan di Piala Itali bermasa Fiorentina dan Lazio.

Beliau paling berjaya di Inter Milan yang menjuarai tiga gelaran Serie A berturut-turut dan kemudiannya di Manchester City apabila menjuarai Piala FA pertama pada 2011 dan Liga Perdana Inggeris setahun kemudian hasil jaringan saat akhir Sergio Aguero.

SIR ALEX FERGUSON

* Perlawanan: 2,131 Trofi: 44 - Trofi setiap 48.43 perlawanan

Apa yang menarik, Ferguson, jurulatih paling berjaya dan juga paling lama berkhidmat meraih purata satu trofi bagi setiap 48 perlawanan sepanjang karier cemerlang beliau.

Kejayaan pertama beliau sebagai pengurus bermula di St Mirren pada 1977, sebelum berjaya meletakkan Aberdeen sebagai skuad berpotensi pada awal 1980-an dan menjuarai Piala Pemenang Piala Eropah pada 1983.

Begitupun seperti yang kita ketahui, kejayaan paling hebat dicatat di Manchester United apabila beliau menjulang 13 gelaran Liga Perdana Inggeris, lima Piala FA, empat Piala Liga, dua Liga Juara-Juara dan Piala Pemenang Piala, menunjukkan dominasi yang jarang dilihat dalam bola sepak.

MARCELLO LIPPI

* Perlawanan: 958 Trofi: 19 - Trofi setiap 50.42 perlawanan

CARLO ANCELOTTI

* Perlawanan: 952 Trofi: 16 - Trofi setiap 59.5 perlawanan

RAFAEL BENITEZ

* Perlawanan: 912 Trofi: 12 - Trofi setiap 76 perlawanan

ARSENE WENGER

* Perlawanan: 1,487 Trofi: 17 - Trofi setiap 87.47 perlawanan

BRIAN CLOUGH

* Perlawnan: 1,319 Trofi: 13 - Trofi setiap 101.46 perlawanan

BILL SHANKLY

* Perlawanan: 1,160 Trofi: 11 - Trofi setiap 105.45 perlawanan

SIR BOBBY ROBSON

* Perlawanan: 1,446 Trofi: 13 - Trofi setiap 111.23 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 10:28 AM