KEADAAN dua kenderaan yang bertembung. FOTO ihsan bomba
KEADAAN dua kenderaan yang bertembung. FOTO ihsan bomba
Oleh Alias Abd Rani


Tatau: Dua maut selepas treler bertembung lori tangki minyak sawit dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bintulu Tatau, dekat Bandar Baru Tatau, petang tadi.

Kemalangan pada 2.30 petang itu mengorbankan pemandu kedua-dua kenderaan masing-masing berusia 30-an dan 40-an.

Jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau berkata, kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari Tatau ke Bintulu dan Bintulu ke Tatau.

"Pertembungan itu mengakibat kedua-dua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian.

"Identiti kedua-dua mangsa masih belum diketahui kerana anggota penyiasat tidak menemui sebarang dokumen peribadi di tempat kejadian.

"Kedua-dua mayat kemudian dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapat keterangan saksi berhubung kemalangan ini." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 8:10 PM