ARVIND (tengah) dan Shahida (kanan) pada majlis pelancaran Colgate Total Charcoal Deep Clean, semalam.
Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Kuala Lumpur: Colgate-Palmolive Malaysia yakin mampu mengukuhkan jenamanya dalam pasaran tempatan menerusi pelancaran produk terbarunya, Colgate Total Charcoal Deep Clean yang mengandungi formula partikal arang mikro.

Pengarah Pemasarannya, Arvind Chintamani berkata, keluaran kali ini direka khas dengan formula unik daripada Colgate Total yang terbukti secara klinikal dengan perlindungan antibakteria selama 12 jam.

“Makanan yang tersekat di celah gigi akan menarik bakteria yang menyebabkan perbentukan plak pada gigi dan akhirnya akan memberikan masalah gusi kepada individu,” katanya pada sesi pelancaran Colgate Total Charcoal Deep Clean, di sini, semalam.

Menurutnya, keluaran terbaru itu membantu mengurangkan bakteria sehingga 90% untuk pembersihan yang maksimum.

“Gigi yang putih dan tidak berbau tidak menjamin kebersihan oral seseorang. Ramai yang tidak menyedari mengenai pentingnya penjagaan gusi yang menyokong tumbesaran gigi sekali gus menghalang daripada kerosakan,” katanya.

Hadir sama, Pensyarah Kanan, Perunding Periodontologi dan Ketua Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shahida Mohd Said.

Berdasarkan Kajian Kesihatan Dewasa Kebangsaan 2010 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sembilan daripada 10 rakyat Malaysia menghadapi masalah plak yang tidak dirawat akibat pengambilan makanan seperti nasi lemak dan rendang.

Kebanyakan individu tidak dapat mengekalkan tahap kesihatan oral yang terbaik untuk mengawal pembentukkan plak dengan hanya menggosok gigi.

Colgate Total Charcoal Deep Clean kini telah berada di semua peruncit dan farmasi seluruh negara pada harga RM10.60 bagi pek ubat gigi 150 gram dan RM18.90 untuk pek berkembar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 7:15 AM