RANGKA motosikal yang ditemui di dalam sungai. FOTO Mohd Hilmie Hussin
POLIS mengangkat rangka motosikal yang ditemui. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 50 kes curi motosikal di Melaka Tengah dengan tertangkapnya sembilan ahli Geng Cicak Bukit Larang di sekitar negeri ini pada kelmarin dan semalam.

Kejayaan itu hasil daripada tangkapan ketua geng yang dikenali sebagai 'Cicak' pada 2 pagi kelmarin di sekitar Semabok.

Susulan tangkapan itu, polis menemui 30 rangka motosikal jenis Honda EX5, Yamaha 125Z, Yamaha RXZ, Kawasaki RR dan Honda Wave yang dibuang ke dalam sungai di sekitar Umbai.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, lapan ahli geng itu berjaya diberkas dalam beberapa siri tangkapan dan mereka ditahan untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 1:18 PM