Oleh Nazarali Saeril

Kuala Lumpur : Aktivis dakwah perlu menggerakkan dakwah sebagai medium penyelesaian kepada masalah umat di dalam rangka yang diharuskan syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, Islam adalah ad-deen yang diwahyukan sebagai pakej lengkap untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

"Kemajmukan umat di Malaysia juga didepani Rasulullah SAW. Malah, kita dapat saksikan bagaimana baginda sebagai pemimpin negara Islam Madinah berjaya menjadikan dakwah sebagai medium penyelesaian kepelbagaian yang timbul.

"Ketika itu, kaum Aus dan Khazraj disatukan, golongan Muhajirin serta Ansar pula dipersaudarakan malah Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama sebagai satu umat," katanya.

Najib berkata demikian pada majlis Anugerah Dakwah Negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) di Dewan Merak Kayangan FELDA, di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Yang Dipertua YADIM, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Pada majlis itu, Datuk Dr Abdul Razak Kechik dipilih menerima Anugerah Pendakwah Negara, milik Prof Dr Muhaya Mohamad (Anugerah Pendakwah Wanita) dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Anugerah Pendakwah Muda).

Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM ) dipilih untuk menerima Anugerah Pendakwah NGO, milik Shah Kirit Kakulal Govindji (Anugerah Pendakwah Saudara Kita) dan kumpulan Raihan (Anugerah Pendakwah Seni Hiburan).

Najib berkata, Islam yang kata akarnya bermaksud sejahtera sudah tentunya membawa kesejahteraan bukan saja kepada penganutnya malah sekalian alam.

Katanya: ÔÇťAnugerah adalah pengiktirafan negara kepada peranan serta sumbangan semua pendakwah selain menghargai pengorbanan yang dimainkan golongan ini sepanjang berdakwah."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 11:29 PM