Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Sesi perbicaraan Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membabitkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan berlangsung pada 11 April depan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada sidang media di pejabat BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Jelas Norza perbicaraan itu akan berlangsung di Amsterdam, Belanda dengan Chong Wei bakal ditemani beberapa individu, antaranya termasuklah Pengurus Besar BAM Kenny Goh.

Bekas pemain nombor satu dunia itu didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada 30 Ogos tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 2:41 PM