SALAD makaroni sedia dinikmati.
1. REBUS makaroni bersama sedikit garam sehingga ia mula kembang.
2. SEMENTARA menunggu makaroni, sediakan Bahan A. Gaul semuanya.
3. SEDIAKAN Bahan B. Campurkan semuanya dan kacau rata.
4. PASTIKAN campuran Bahan B menjadi pekat dan kelihatan berkrim.
5. SELEPAS makaroni direbus, tuangkan atau halakan air sejuk bagi menghentikan proses memasaknya.
6. TOS air dalam bekas makaroni. Campurkan bersama Bahan A.
7. LETAKKAN pula Bahan B di atasnya. Gaul rata.
8. HIASKAN hidangan dengan pasli.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Kala bercerita mengenai hidangan pasta, lazimnya ramai yang gemarkan spageti dan fettuccine.

Makaroni pula biasanya dijadikan sebagai tambahan dalam hidangan salad biasa untuk lebih rasa dan tekstur yang ditawarkannya.

Sememangnya tidak lengkap salad Barat jika tidak dicampur dengan makaroni. Seperti apa ditegaskan pengusaha laman blog http://picturetherecipe.com, Noreen, tiada hidangan barbeku lengkap tanpa disertakan salad makaroni.

Makaroni yang dijadikan salah satu menu salad pasta ini mudah disediakan dan boleh dinikmati bersama gabungan protein atau karbohidrat lain.

Tetapi makaroni sebaiknya dipadankan bersama sayur-sayuran bagi keseimbangan nutrien dan dapat menarik perhatian si kecil untuk menikmati sayuran segar.

Di Amerika Utara, makaroni adalah antara hidangan utama masyarakatnya. Di Asia, contohnya di China, pengaruh budaya Barat digabung bersama resipi tradisional lalu menghasilkan masakan Cina ala Barat.

Di Hong Kong, makaroni direbus dalam air kemudian dibasuh dengan kanji sebelum dimasak dalam sup bersama sosej, kekacang, cendawan hitam dan telur. Selain hidangan berat, makaroni juga sering dijadikan dalam bentuk puding manis dan popular di negara Eropah.

Berikut cara mudah menyediakan salad makaroni manis dan berkrim yang sesuai untuk empat ke enam hidangan.

BAHAN A:

- 1/2 peket makaroni

- 1/2 cawan saderi (apabila dipotong dadu)

- 1/2 cawan cili benggala (apabila dipotong dadu)

- 1/2 cawan lobak (apabila dipotong dadu)

- 1/4 cawan bawang besar (apabila dipotong dadu)

- Segenggam parsli (dipotong lumat)

BAHAN B:

- 3/4 cawan mayonis

- 1/3 cawan susu pekat

- 1/4 cawan cuka epal

- 1 sudu teh serbuk paprika

- 1/2 sudu mustard (serbuk atau biasa)

- 1/4 sudu teh serbuk cayenne

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 12:23 PM