ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Banting: Seorang pemandu lori tersepit kira-kira 15 minit sebelum dikeluarkan anggota bomba selepas lori dipandunya terbalik di bahu jalan di Jambatan Telok Datok, Banting kira-kira 1.50 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an tersepit di bahagian kaki.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Banting, Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.56 pagi.

"Lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dan mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 1:19 PM