Dua sepupu maut motosikal ditunggang terbabas. FOTO ihsan pembaca
Dua sepupu maut motosikal ditunggang terbabas. FOTO ihsan pembaca
Oleh Rosliza Mohamed

Tumpat: Dua sepupu maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas sebelum dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kampung Laut, di sini, malam tadi.

Norhidayah Mohamad,14, dan sepupunya, Wan Zulaika Najib, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku pada 9 malam ketika kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli mi segera di kedai berdekatan.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, motosikal mangsa terbabas sebelum dipercayai dilanggar kereta.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 2:10 PM