HANYA 50 unit ditawarkan dengan harga RM354,800 seunit.
HANYA 50 unit ditawarkan dengan harga RM354,800 seunit.
TOMBOL gear dan mod pemanduan.
TOMBOL gear dan mod pemanduan.
KOKPIT yang kemas.
KOKPIT yang kemas.
ENJIN diesel baru yang dipertingkatkan.
ENJIN diesel baru yang dipertingkatkan.
Oleh Erywan Norshal


Pengeluar kereta premium, BMW Group Malaysia memperkenalkan varian baru edisi terhad daripada model terlaris dunia menerusi BMW 520d Sport.

Bagi pasaran tempatan, BMW 520d Sport ditawarkan hanya 50 unit dijual RM354,800 seunit di atas jalan, tidak termasuk insurans.

Model premium edisi terhad itu menampilkan enjin diesel empat silinder dengan teknologi BMW TwinPower Turbo memberi prestasi dan tahap penjimatan bahan api yang luar biasa.

Sedan premium itu kini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 190 kuasa kuda (hp) berbanding sebelum ini 184 hp.

Prestasi tork juga meningkat kepada 400 Nm berbanding 380 Nm sebelum ini dan mampu mencatat pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh cuma 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 233 km/j.

Tujahan kuasa mengagumkan itu digabungkan dengan purata penggunaan bahan api 4.1 liter setiap 100 km, menjadikan ia lebih jimat sehingga sembilan peratus berbanding enjin terdahulu bagi varian BMW 520d.

Penambahbaikan itu menjadi bukti dalam proses pembangunan yang dilaksanakan oleh pasukan jurutera BMW serta fokus untuk mengoptimumkan pembakaran enjin dan komponen di bawah strategi BMW Efficient­Dynamics.

Rekaannya pula menerapkan gayaan sporty sebuah sedan BMW yang sempurna bersama tapak roda dan hud panjang serta diserlahkan lagi menerusi pakej luaran M Aerodynamic.

Penampilan sporty itu kemudian disempurnakan melalui penggunaan rim aloi ringan berjejari kembar bersaiz 18 inci.

Ia juga didatangkan lampu utama LED Adaptif generasi terkini, sekali gus memberi suluhan cahaya lebih jelas dan terang selain mengikuti arah jalan bengkang-bengkok.

Ruang dalaman BMW 520d diceriakan suasana sporty menerusi papan pemukanya dengan padanan stereng M yang dibalut kullit serta kemasan dalaman berwarna hitam berkilat.

Ia juga menyalurkan imej elegan dengan paparan multi fungsi untuk memaparkan talaan berbeza bergantung kepada model Driving Experience dipilih sama ada ECO PRO, Comfort atau Sport.

BMW 520d Sport turut menggunakan rangkaian perkhidmatan mobiliti dan sistem bantuan pemandu daripada BMW ConnectedDrive. Ia merangkumi BMW Apps seperti M Lap Timer, GoPro dan Spotify yang boleh didapati daripada Apps store serta Google Play.

Sedan premium itu juga menawarkan integrasi Blutooth yang lancar dengan Android dan iPhone serta membolehkan sistem Siri diaktifkan.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, varian BMW 5 Series mempunyai kelebihan membabitkan penampilan lebih menyerlah, memiliki kecekapan premium dan pemanduan dinamik.

“Pencapaian BMW 5 Series dalam aspek-aspek itu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan status selaku model paling laris dalam kelas eksekutif premium.

“Menerusi pengenalan BMW 520d Sport baru, kami yakin sedan premium ini akan terus menerajui segmennya,

selain menawarkan pemanduan lebih sporty kepada pelanggan kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 5:02 AM