ANGGOTA penguat kuasa MPJBT membersihkan keadaan rumah yang dipenuhi timbunan sampah.
Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Rumah dalam sampah. Begitu keadaan kediaman sepasang suami isteri di Taman Johor Jaya, di sini, yang dipenuhi barang lusuh dikumpul mereka sejak lima tahun lalu.

Pasangan berusia 60-an itu menjadikan kediaman mereka sebagai tempat menyimpan pelbagai barangan lusuh untuk dijual semula bagi menyara hidup.

Bagaimanapun, perbuatan mereka bukan hanya mencemarkan pemandangan, malah menjejaskan keselesaan jiran serta penghuni di kawasan sekitar.

Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Md Khalid Abu Bakar berkata, pelbagai barangan lusuh dan kitar semula bertimbun di kediaman pasangan berkenaan.

Menurutnya, tindakan mereka yang gagal mengemas barangan itu atau membersihkannya menimbulkan pelbagai masalah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:49 AM
Skip this ad x