Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Ahad (22 Mac) ini sebagai cuti peristiwa sempena hari pembuangan undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Katanya, cuti peristiwa berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada pengundi untuk keluar mengundi.

"Saya harap proses pembuangan undi pada hari itu berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi.

"Pihak kerajaan amat simpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat yang bekerja pada hari itu," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan pada hari pembuangan undi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 8:10 PM