MINH Dat (dalam bulatan) di udara.
Agensi

Ho Chi Minh, Vietnam: Seorang budak lelaki di sini maut semalam selepas dia diseret ke udara oleh sebuah layang-layang gergasi sebelum terjatuh pada ketinggian lebih 18 meter.

Ketika kejadian, Van Minh Dat, 5 tahun, sedang membantu ibunya di sebuah gerai minuman yang terletak di sebuah padang layang-layang.

Secara tiba-tiba kakinya terbelit pada tali layang-layang gergasi yang terus mengheretnya ke udara.

Minh Dat maut selepas tali layang-layang itu terputus dan dia terjatuh dari ketinggian lebih 18 meter.

Satu rakaman video memaparkan detik-detik ngeri kanak-kanak itu diterbangkan di udara sebelum jatuh ke tanah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:30 AM