SANDEEP (kiri) bersama pengacara dan pelakon, Farhan Lokman, yang juga duta Solace Shoe.
SANDEEP (kiri) bersama pengacara dan pelakon, Farhan Lokman, yang juga duta Solace Shoe.
Oleh Zaitie Satibi


Anda sayang kaki atau sayang duit? Ramai mengaku lebih menyayangi kaki, sebab itu terdorong beli kasut mengikut aliran terbaru walaupun harganya mahal supaya kelihatan bergaya dengan fesyen terbaru.

Namun, keselesaan aspek paling utama kerana jika kasut de­ngan fesyen yang hebat tetapi kaki menderita kesakitan adalah merugikan. Banyak penyakit atau masalah kaki berkaitan pemilihan kasut dan bentuk kasut yang tidak semula jadi sehingga mengakibatkan masalah kaki.

Bagi mengatasi masalah ini, Solace Shoe memperkenalkan kasut ortotik yang membantu mengelokkan jajaran kaki dan tulang pergelangan kaki ke posisi semula jadi apabila mencipta kasut yang boleh menyokong lengkuk tapak kaki, sekali gus mengurangkan tekanan pada pelantar kaki.

Pengarah Urusan Sailli Viroha (Malaysia) Sdn Bhd, Sandeep Saili berkata, Solace Shoe kasut bertujuan merawat kaki apabila ia dicipta dengan teknologi antiterpelecok dan lapik penyokong lengkuk tapak kaki serta diuji secara saintifik untuk keselesaan, kebaikan dan kesihatan.

“Berbanding kasut ortotik lain yang biasanya dicipta kurang menarik, Solace Shoe direka dengan gaya elegan dan memenuhi citarasa pelanggan sama ada dipakai untuk acara formal atau kasual.

“Solace Shoe diperbuat daripada kulit lembu dan kulit anak lembu manakala pelapiknya daripada polimer organik, poliuretana, dan alas pula daripada kusyen berprestasi tinggi, Poron,” katanya.

Pelapik yang menyokong leng­kuk tapak kaki berupaya menampung berat tubuh dan mengurangkan tekanan pada tumit dan kaki depan, manakala teknologi antiterpelecok pula membantu mengurangkan tekanan pada lutut dan otot belakang serta membetulkan jajaran tubuh.

Solace Shoe boleh didapati di pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur atau dalam talian, www.solaceshoes.com.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 10:19 AM